Senarai Novel

Back to: Senarai Novel

Mak! Tak Nak Kahwin

RM : 18,00 RM
Biasa : 21,00 RM
Diskaun: -3,00 RM
Tax amount:
Price / kg:

PDF Save page as PDF

Print Print this Page

Email Email to a Friend

Product-SKU :978-967-0890-95-1

Description Reviews Related Products

Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online)


 

“Hujung minggu ni, bos abang kamu nak bawa rombongan datang meminang kamu.” – Mak Cik Joyah

“Ha!!! Nak pinang orang? Hesy... Biar betul dia tu? Tak naklah orang. Orang mana boleh kahwin mak, tak cukup umur lagilah. Baru 19 tahun ni.” – Rina

Begitu keras Rina menolak untuk dijodohkan dengan Hafiz. Maklumlah dia masih muda lagi. Tak lepas STPM pun lagi. Sudah tu, calon bakal suaminya sudah boleh digelar bujang terlajak. Umur pun dah 35 tahun. Siapa yang mahu?

Apabila mengetahui saja tentang rombongan itu, hati Rina tidak tenang. Sebabnya, dia belum bersedia untuk berumah tangga. Macam-macam dia buat ketika keluarga Hafiz datang ke rumahnya untuk meminangnya dengan alasan agar keluarga Hafiz batalkan niat untuk menjadikannya sebagai menantu mereka. Termasuklah...

“Aku pakai seluar jean biru lama yang dah terkoyak kat lutut tu. Lepas tu, baju T-shirt hitam yang ada gambar tengkorak besar milik Abang Li aku tu. Tudung of courselah aku pakai, kan? Tapi aku sarungkan cap sekali dengan tala ke belakang. Lagi satu kan, aku siap mekap tebal-tebal. Kalah hantu Cina.” – Rina

Tak cukup dengan itu, Si Rina ni sanggup menghidang air kopi buatannya yang bukan terlajak manis tapi terlajak masin! Aduhai, tak patut betul Si Rina ni. Buat malu dirinya saja. 

“Sebab apa awak nak kahwin dengan saya? Saya ni nama saja perempuan, tapi saya ni pemalas, tak pandai masak, tak pandai buat kerja rumah. Saya ni kasar, tak macam perempuan lain. Mak cakap saya ni perempuan tak serupa perempuan.” - Rina

“Sebab apa abang nak kahwin dengan Rin? Sebab... Rin adalah jodoh yang telah ditetapkan untuk abang. Rin merupakan pemilik rusuk kiri yang abang cari selama ni.” - Hafiz

“Yakinnya awak?” - Rina

“Memang cukup yakin. Lagipun sebelum tu abang memang dah pasang niat, jika mana-mana gadis mampu membuatkan hati abang berdebar tak menentu, maknanya dia memang jodoh abang. Sebab tu, abang tak tunggu lama untuk masuk meminang Rin” - Hafiz

Berjayakan Si Hafiz memujuk Rina menjadi suri dalam hatinya sedangkan Rina langsung tidak menyukai dirinya? Berjodohkah mereka? Semuanya dalam Mak! Tak Nak Kahwin.