Filem Tercipta Untukku di Astro First Eksklusif

Selepas tiga kali pertemuan secara kebetulan, akhirnya Adil dan Thia jatuh cinta antara satu sama lain. Tetapi yang Maha Esa tela menentukan segalanya. Adil dan Thia telah didiagnosis kanser otak tahap 4 dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Adakah mereka dicipta untuk satu sama lain? Dapatkan novel TERCIPTA UNTUKKU terbitan KARYASENI di MPH, POPULAR, SMO atau di www.karyaseni.my

Senarai Novel

Abang Bomba, I Love You

RM : 24,00 RM
Biasa : 27,00 RM
Diskaun: -3,00 RM
Tax amount:
Price / kg:

PDF Save page as PDF

Print Print this Page

Email Email to a Friend

Product-SKU :978-967-469-025-0

Description Reviews Related Products

Semenanjung : RM27
Sabah/Sarawak : RM30
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online)


 

Takdir mempertemukan Lily dan Rayqal apabila  nyawa Lily pernah diselamatkan oleh Rayqal beberapa kali dalam operasi menyelamat membuatkan Lily menganggap lelaki itu adalah superhero dalam hidupnya. Kehadiran Rayqal banyak memberi inspirasi dan kekuatan buat Lily untuk bangkit demi masa depan namun hubungan mereka tidak lebih umpama adik dan abang. 

“Abang dah banyak berkorban tenaga, jiwa dan nyawa berbakti pada masyarakat. Kalau tak ada orang yang menghargai abang, tak salahkan kalau Lily jadi orang yang pertama?”- Lily

“Siapa pun ada di tempat Lily, abang akan selamatkan sebab dah jadi tugas abang. Tak perlulah rasa terhutang budi dengan abang.” - Rayqal

Lily sentiasa dicemburui dan didendami oleh Mawar, kakak kandungnya sendiri yang sanggup lakukan apa saja untuk merampas apa yang Lily ada. Akhirnya dia berjaya membuatkan Rayqal jatuh cinta padanya dan merosakkan hubungan baik antara Rayqal dan Lily kerana fitnahnya.  Memiliki Rayqal adalah satu kemenangan besar buat Mawar kerana dia tahu Lily mencintai lelaki itu.

“Akak akan berkahwin dengan Rayqal dan hidup bahagia sampai bila-bila. Dan itu yang akan Lily saksikan sampai akhir hayat Lily. Hahaha...” – Mawar

“Lily minta maaf,  Lily dah jatuh cinta dengan abang tanpa Lily sedar. Tapi Lily janji, sebaik saja Lily pulang nanti, perasaan cinta ni akan terkubur sampai bila-bila. Lily doakan abang bahagia bersama Kak Mawar. Buat kali terakhir Lily nak ucapkan, abang bomba, I love you!” - Lily 

Sekuntum Lily tiada seri tapi bersih, suci dan sejati. Mawar, mekar mewangi dan mempesona tapi durinya sungguh menyakitkan. Dan Rayqal, terpedaya. 

Mampukah pemergian Lily selama 5 tahun di perantauan dapat memadam cinta buat Rayqal,  bakal abang iparnya sendiri? Kuatkah Lily menyaksikan kebahagiaan insan tersayang di depan mata selepas kepulangannya nanti?