Filem Tercipta Untukku di Astro First Eksklusif

Selepas tiga kali pertemuan secara kebetulan, akhirnya Adil dan Thia jatuh cinta antara satu sama lain. Tetapi yang Maha Esa tela menentukan segalanya. Adil dan Thia telah didiagnosis kanser otak tahap 4 dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Adakah mereka dicipta untuk satu sama lain? Dapatkan novel TERCIPTA UNTUKKU terbitan KARYASENI di MPH, POPULAR, SMO atau di www.karyaseni.my

Senarai Novel

Awak Suka Saya Tak?

RM : 32,00 RM
Biasa : 35,00 RM
Diskaun: -3,00 RM
Tax amount:
Price / kg:

PDF Save page as PDF

Print Print this Page

Email Email to a Friend

Product-SKU :978-967-0246-07-9

Description Reviews Related Products

Semenanjung : RM35
Sabah/Sarawak : RM38
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )


 

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha



Sedutan 1

bab 27

"AWAK SUKA SAYA TAK? Lebih sopan....lebih manis....untuk kita yang belum ada apa-apa ikatan. Cinta bagi saya hanya untuk orang yang sah dan halal iaitu isteri saya. Saya nak halalkan dulu perhubungan kita, baru saya cakap I Love You."


 

Sedutan 2

bab 32

Hilman mengeluarkan sesuatu dari poket kotnya, sebentuk cincin.

" Cuba sarungkan…"
Aku ambil dan masukkan ke jari, muat.

" Cincin apa ini?"

" Cincin tunang kita."

Aku hampir tercekik.

‘ Hilman………mana boleh macam ini? Mak ayah saya tak tahu lagi. Ini cara barat. Saya kurang setuju."
Hilman selamba je, sibuk memecahkan telur ke dalam mangkuk.

" Itu cincin tanda. Bagi saya macam tunang la. Tanda yang awak sudah saya ikat. Yang lain – lain tu adat je. Yang ini antara kita berdua. Pasal mak ayah awak, jangan risau. Nanti saya uruskan. Satu – satu . Banyak sangat hal dan masalah yang berlaku."
Lega…..

Aku menghirup teh o panas perlahan – lahan. Hilman tersenyum ,

" Jangan risau…saya akan uruskan segalanya. Saya nak awak minta cuti setahun dari pihak universiti selepas kita kahwin. Nak honeymoon selama setahun."
Aku hampir tersemburrrrrrrr.

" Honeymoon setahun? Honeymoon apa tu? "
Hilman memandang aku pelik,

" Tak cukup ke setahun? Kalau macam tu hari – hari la kita honeymoon……."
Aku dah tercekik, tersembur dan terbatuk – batuk. Cepat – cepat aku tutup mulut dengan napkin. Tolong!