BISIK PADA LANGIT - Di Pawagam 21 September 2017

Dapatkan novel BISIK PADA LANGIT terbitan KARYASENI di MPH, POPULAR, SMO atau di www.p2u.my BOLEH DAPATKAN JUGA DI APLIKASI KARYASENI

Senarai Novel

Dan Hati Pun Berkata

RM : 15,00 RM
Biasa : 18,00 RM
Diskaun: -3,00 RM
Tax amount:
Price / kg:

PDF Save page as PDF

Print Print this Page

Email Email to a Friend

Product-SKU :978-967-0246-05-5

Description Reviews Related Products

Semenanjung : RM18
Sabah/Sarawak : RM21
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )


 

ADIRRA - Kedegilannya bersebab. Kasih sayangnya sudah dirampas. Jadi jangan salahkan dia kalau dia tidak percaya kepada sesiapa, tetapi dengan Rashdan, kedegilannya mula cair.

"Abang ni, Irra cakap betul-betul, abang main-main pulak."

"Abang pun bukan main-main. Ada Irra nampak abang main-main? Abang cakap benda yang betul. Tiada siapapun yang boleh pisahkan abang daripada Irra kecuali kuasa TUHAN. Dan Irra pun jangan harap dapat lari daripada abang selepas ni."

"Kalau Irra lari jugak?"

"Sampai lubang cacing abang cari Irra!"

"Irra tak nak masuk lubang cacing!"


"Hisy! Dia pulak yang main-mainkan abang,"

RASHDAN - Dia tidak pernah jatuh cinta. Tetapi sekali dia jatuh cinta, dia sudah jadi orang lain.

"Jadi Irra sudi menjadi kekasih abang"

"Sudi, tapi bersyarat."

"Eh, tadi kata dah lama sayangkan abang, kenapa tiba-tiba nak kenakan syarat pulak?"

"Yang lama tu sebab Irra seorang saja yang sayang abang, yang baru ni abang pun sayangkan Irra, jadi Irra kenalah letak syarat sikit."

"Hmm, begitu rupanya. Baik, apa syaratnya?"

"Irra nak abang jadi manusia biasa saja."

"Habis selama ni, abang manusia yang luar biasa?"

Kerana cinta mereka memiliki hati masing-masing...


Sedutan 1:

"Irra, kenapa buat papa macam ni? Sudah, masuk kereta dulu. Kita bincang." Arah Rashdan.
Adirra tarik beg pakaiannya.

"Tinggalkan beg tu. Tak perlu nak pindah-pindah. Sikit punya hal nak kecoh satu rumah. Sudah! Masuk kereta sekarang." Suara Rashdan sudah benar-benar kuat. Rashdan tahu anak manja seorang ini tidak perlu diberi muka selalu. Disebabkan tiada siapa yang berani menegur sikapnya, maka dia makin lupa diri.
Adirra jadi tergamam bila mendengar suara Rashdan begitu. Selama ini belum pernah Rashdan keluarkan suara begitu. Terus saja beg pakaian Adirra lepaskan. Takut juga dia dengan perubahan sikap Rashdan.

"Abang cakap masuk kereta sekarang!" Suara Rashdan makin tegas membuatkan Adirra melangkah dengan perlahan. Lantas menarik pintu kereta Rashdan. Ditutup dengan kuat selepas itu sebagai tanda tidak puas hatinya.

"Hah! Tutup kuat-kuat. Kalau tercabut pintu tu abang minta ganti," jerit Rashdan lagi. Kemudian dia terus mendekati Encik Malek. Cuba mereda kesedihan Encik Malek. Waktu it uterus Rashdan teringat ayahnya. Dia juga pernah lakukan perkara yang sama terhadap ayahnya. Cuma yang berbeza hanya keadaan. Adirra anak yang terlalu disayangi, sedangkan dia sekadar anak yang hampir-hampir disingkirkan. Tetapi tentu ayahnya juga rasa sedih. Bibit-bibit penyesalan mula mendatangi diri Rashdan


Sedutan 2:

"Irra tak nak kerja dengan abang lagi. Irra malu." Kata Adirra sambil tersenyum. Sungguh! Dia betul-betul malu dengan apa yang berlaku. Adirra sudah tidak sanggup untuk berhadapan dengan pekerja lain setelah apa yang berlaku terhadapnya.

"Kalau tak nak kerja dnegan abang, Irra tolong jagakan galeri abang. Jadi pengurus galeri lukisan abang tu!"

"Habis pengurus yang ada tu nak campak mana?"

"Dia pembantu saja. bukannya pengurus. Tapi ada satu lagi jawatan pengurus yang masih kosong," Rashdan jeling manja. Melihatkan dahi Adirra yang berkerut itu. Rashdan yakin, Adirra tak faham apa-apa.

"Pengurus rumah tangga abang…" kata Rashdan selepas itu.

"Abang ni…" satu tamparan kecil sudah hinggap di belakang Rashdan. Tamparan itu membangkit kemesraan yang sangat istimewa buat Rashdan.

"Betullah. Jawatan tu memang kosong!"

"Nantilah Irra fikirkan."

"Nanti? Nanti tu bila?"

"Irra cakap nanti, nantilah. Yang abang tak sabar ni kenapa?" Adirra jegilkan matanya. Rashdan sambut dengan tergelak.