PINGGAN TAK RETAK, NASI TAK DINGIN

Dapatkan novel PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN terbitan KARYASENI di MPH, POPULAR, SMO atau di www.karyaseni.my

Senarai Novel

Perempuan Paling Bahagia

RM : 27,00 RM
Biasa : 30,00 RM
Diskaun: -3,00 RM
Tax amount:
Price / kg:

PDF Save page as PDF

Print Print this Page

Email Email to a Friend

Product-SKU :978-967-469-021-2

Description Reviews Related Products

Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM27
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online)


 

Bahagia adalah pengorbanan. Berkorban untuk buat orang yang kita sayang bahagia, kita akan turut merasakan bahagia. Bagi Arissa yang berasal daripada keluarga yang susah, bahagia itu adalah duit. Ada duit semuanya akan bahagia.

Tetapi makna bahagia bagi Arissa berubah apabila Arissa diberi tugas untuk menjaga Rayyan, bayi yang dijumpai di tangga masjid yang telah dibuang oleh Rafi, abang Rafa. Rayyan yang merupakan anak tidak sah taraf telah dinafikan haknya oleh Rafi dan disebabkan Datin Zarina menghibahkan semua harta yang sepatutnya milik Rafi kepada Rayyan, Rafi berdendam.

Namun, anak tidak sah taraf hanya akan mempunyai pertalian keluarga dengan keluarga sebelah ibu yang melahirkannya dan melalui ibu susuanlah, Rayyan akan ada pertalian keluarga dengan Rafa.

"Baby Rayyan? Encik letak nama dia, Rayyan?" –ARISSA

"Kenapa? Awak nak letak nama dia apa?"-RAFA

"Rosyam Nor." -ARISSA

Akibat kasih sayang dan layanan baik Arissa ke atas Rayyan, Rafa dan Datin Zarina merasakan Arissalah calon yang sesuai untuk menjadi isteri Rafa dan ibu susuan Rayyan. Dalam masa yang sama, tanpa pengetahuan mereka, Arissa sudah pun mula mengambil ubat hormon itu. Ini kerana mereka masing-masing mempunyai alasan mereka tersendiri.

Alasan Arissa adalah kerana dia sayangkan Rayyan dan menganggap Rayyan senasib dengannya, yatim piatu.

“Dia berikan saya peluang untuk bahagia. Apa salahnya, saya berikan dia peluang untuk bahagia juga? Saya tak ada sesiapa, begitu juga Rayyan. Kita orang hanya ada satu sama lain saja, pak encik.” – ARISSA

Alasan Rafa adalah kerana dia sudah mula jatuh cinta. Tetapi terikat dengan perjanjiannya dengan Datin Zarina, Rafa buat-buat... Kebal.

“Errr... Neng. Jari tu, tak baik dibiarkan kosong lama-lama. Orang tua-tua kata, kalau jari tu dibiarkan kosong, nanti masuk angin. Orang tua-tualah yang kata, saya tolong sampaikan saja. Baik pakai sekarang.” - RAFA

Alasan Datin Zarina pula adalah kerana dia telah meletakkan Arissa sebagai penama polisi insuransnya yang bernilai RM50 juta untuk mengaburi mata Dato’ Rafail yang mahu membunuhnya.

“Sebab tak ada siapa jangka yang Arissa merupakan pemegang RM50 juta tu.” – DATIN ZARINA

Kerana semua alasan itu, Arissa menjadi buruan Rafi dan Dato’ Rafail. Adakah pengorbanan Arissa menjadikan dia perempuan paling bahagia? Atau... Mungkin akan membuatkan diri sendiri terkorban? Atau... Mungkin menyebabkan orang lain yang terkorban?