Filem Tercipta Untukku di Astro First Eksklusif

Selepas tiga kali pertemuan secara kebetulan, akhirnya Adil dan Thia jatuh cinta antara satu sama lain. Tetapi yang Maha Esa tela menentukan segalanya. Adil dan Thia telah didiagnosis kanser otak tahap 4 dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Adakah mereka dicipta untuk satu sama lain? Dapatkan novel TERCIPTA UNTUKKU terbitan KARYASENI di MPH, POPULAR, SMO atau di www.karyaseni.my

Senarai Novel

Suami Tak Kuhadap

RM : 25,00 RM
Biasa : 28,00 RM
Diskaun: -3,00 RM
Tax amount:
Price / kg:

PDF Save page as PDF

Print Print this Page

Email Email to a Friend

Product-SKU :978-967-0246-46-8

Description Reviews Related Products

Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31
(Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online)


 

JIWANYA mati.  Hatinya ranap.  Hidupnya hanya punyai satu tujuan iaitu memusnahkan segala apa yang pernah memusnahkan hidupnya.  Nur Syaima memujuk tangisnya sendiri bila dia tersisih daripada perhatian dan tanggungjawab seorang ayah.  Pemergian ibu tercinta membuatkan air matanya kering dan tidak menitis lagi.  Dalam hatinya, hanya ada kebencian kepada ayah, Mak Cik Jalina dan juga Syed Ahmad Budriz apatah lagi setelah lelaki itu menghalau Faez daripada dirinya yang sepi. 

“Aku akan jadikan hidup kau lagi teruk dari neraka, Budriz!  Aku akan pastikan kau kesal dilahirkan ke dunia ini.  Aku akan buat bonda kau tersungkur melihat kecundangan kau di kaki aku!”  - Nur Syaima

Syed Ahmad Budriz akur bila menerima kebencian daripada Nur Syaima, adik tirinya.  Cinta yang terdetik di hatinya sejak pertama kali dulu ternyata tidak sirna begitu saja malah dia sudah terlalu mencintai adik tiri sendiri.  Namun, kerasnya hati Nur Syaima tak mampu dibendung hinggakan dia nekad menikahi adik tirinya setelah dia memerangkap Syaima. Dan dia tahu, nendanya yang menjaga darah keturunan pasti membantah.  Tapi, hati lelakinya berkata ya, lalu dia sanggup menjadi suami yang tak pernah dihadap bagi menghidupkan kembali jiwa isterinya yang mati.

“Abang minta maaf.  Tapi, yakinlah dengan abang.  Takdir kita bukan kita yang tentukan.  Kita hanya perlu menerima.  Sayang bantu abang.  Bantu abang raih kasih sayang isteri abang sendiri…” – Syed Ahmad Budriz

Ada darah yang perlu dijaga. Ada hati yang perlu bernafas dengan cinta. Ada jiwa yang perlu dihidupkan dan ada dendam yang perlu dipadamkan. Adakah selamanya Budriz menjadi suami yang tak dihadap? Mampukah sebuah kehilangan membawa satu kebahagiaan?