Filem Tercipta Untukku di Astro First Eksklusif

Selepas tiga kali pertemuan secara kebetulan, akhirnya Adil dan Thia jatuh cinta antara satu sama lain. Tetapi yang Maha Esa tela menentukan segalanya. Adil dan Thia telah didiagnosis kanser otak tahap 4 dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Adakah mereka dicipta untuk satu sama lain? Dapatkan novel TERCIPTA UNTUKKU terbitan KARYASENI di MPH, POPULAR, SMO atau di www.karyaseni.my

Wednesday, 20 January 2016 10:27

Miazal Zahra

Rate this item
(0 votes)

Biodata :Miazal zahra telah dilahirkan pada tanggal 24hb jun 1964 di Pulau Pinang. Anak bongsu dari 10 adik beradik ini telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent Balik Pulau dan menyambung persekolahannya di Maktab rendah Sains Mara Kulim hingga tingkatan lima. beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran di UITM Arau dalam jurusan perakaunan dan kini sedang berkhidmat di sebuah anak syarikat MARDEC Bhd di pulau pinang sebagai seoarang Eksekutif Kewangan.

cartoon-pic-pregnancy

 

       Miazal Zahra telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Sezali bin Hussain dan telah dikurniakan seoarang cahaya mata yang diberi nama Siti Nur Hazwani. Malang baginya bila suami yang tercinta pergi menyambut penggilan Ilahi akibat penyakit buah pinggang ketika perkahwinan mereka baru berusia dua tahun.

       Selain dari menulis, Ibu tunggal kepada anak gadis yang kini berusia dua puluh dua tahun ini amat berminat dengan bunga dan ini telah mendorong beliau untuk menjalankan perniagaan menjual bunga-bunga tiruan dan barang-barang perhiasan rumah setelah kematian suaminya.

Read 399 times Last modified on Thursday, 18 February 2016 11:41
More in this category: Marissa »