BISIK PADA LANGIT - Di Pawagam 21 September 2017

Dapatkan novel BISIK PADA LANGIT terbitan KARYASENI di MPH, POPULAR, SMO atau di www.p2u.my BOLEH DAPATKAN JUGA DI APLIKASI KARYASENI

Wednesday, 20 January 2016 10:44

Dialog Menarik : Terlanjur Mencintaimu

Rate this item
(1 Vote)

Dialog Menarik Dialog 1 "Okeylah. Kalau abang bebel-bebel, penat lah letih lah... siap abang!" "Eleh.. paling kuat Ika cubit abang saja. Okaylah, abang tak mahu ganggu Ika. Sedap air kopinya, sayang. Terima kasih. Kalau tiap-tiap pagi ada air kopi macam ni, pun best! Abang nak pergi jalan-jalan kat pejabat ni kejap, nak berkenal-kenalan.""Sama-sama kasih sayang!""Eh mana boleh ambil ayat abang."Tengku Hanis tergelak. "Banyaklah ayat awak..." ‘Alamak! Tersasul! Macam mana boleh terkeluar, orang nak cakap dalam hati saja!’

Terlanjur_MencintaimuDialog Menarik

"Hah! Awak yer.. satu! Tinggal lagi 2 peluang." Johan menunjukkan 2 jarinya kepada Tengku Hanis.

"Arr.. terlepas! Tarik balik.. tarik balik!"

"Mana boleh. Tak acilah. Hari tu kalau tak tarik tinggal lagi satu peluang. Boleh ehem.. ehem.." usik Johan.

"Dalam mimpilah!"
Johan ketawa sehingga luar kedengaran. Tengku Hanis geram! Dia memukul-mukul mulutnya...



Dialog 2

"Buat apa kat sini?" ujar mereka serentak.
Mereka berdua tergelak.

"Er.. er.. Ika nak turun bawah, nak minum. Abang nak air ke?" ujar Tengku Hanis cover line. Dia sebenarnya malu tak terkira! ‘Kalaulah Johan tahu sebenarnya aku mundar mandir di depan bilik Johan sebab tak boleh tidur kerana Johan, manalah nak letak muka cantik aku ni?’

"Hah.. abang memang dahaga juga ni. Itu sebab abang keluar ni." ‘Isk... kenapa Ika kat luar ni pula? Aku baru sengaja hendak menjenguk dia, dia dah keluar pula!’ Johan menepuk dahinya.

"Ika pergi dapur dululah."

"Abang teman Ikalah..."

"Ika tak boleh tidur, mungkin tempat baru kot."

"Betul, abang pun!"

"Mungkin dah minum, baru boleh tidur kot."

"Mungkin juga." Ujar Johan tersenyum. ‘Kalau Ika kata abang, meh tidur dengan Ika, sure abang tak tolak punya sayang!’ ujar Johan dalam hati.

"Ya lah..." ‘Kalau abang kata, meh tidur dengan abang, paling kurang Ika akan cakap mengada, tapi lepas tu Ika follow abang saja! Takkan Ika nak cakap dulu pula... Hari tu tak mahu, sekarang mahu! Malulah...’ ujar Tengku Hanis di dalam hati.



Dialog 3

"Abang pun ada sesuatu untuk Ika." Johan melepaskan pelukannya. Di ambil sesuatu di dalam poket bajunya.

"Tadikan abang dah bagi Ika bunga? Ada lagi?"

"Buat isteriku!"
Mula-mula Tengku Hanis membuka kad kecil itu. Dia membacanya perlahan.
The greatest love is just to love and be love in return. Suamimu – Johan Iskandar.
Tanpa disedari air matanya menitis. ‘To be love in return? Bila? Sampai bila aku mesti jadi seperti ini?’

"Orang bagi dia hadiah, dia memangis pula. Cengeng!" Johan menyeka air mata isterinya. Tengku Hanis tersenyum. ‘Mengapa suami sebaik ini, balasan cintanya lewat sekali!’
Bungkusan hadiah kecil di buka. Bracelet emas putih dengan corak dua hati, sangat cantik.

"Ini hati abang, ini hati Ika. Suka tak?"

"Suka. Kalau tiap-tiap bulan macam ni..."

"Bankrupt lah abang!" sambung Johan.



Dialog 4

"Ini mesti nak mengusik abang kan? Muka jahat tu.. abang tahu!" Johan meletakkan tangannya ke bahu Tengku Hanis.
Tengku Hanis tergelak-gelak.

"Itulah Cik Intan yang memikat hati Encik Johan selama ni ya."

"Salahlah... Cik Intan yang terpikat dengan Encik Johan!"

"Perasaan lah abang ni! Manis orangnya..."

"Memanglah, taste suami Ika ni semua yang hebat-hebat! Tengok oranglah..." Johan mendabik dada.

"Apa perasaan bila abang terjumpa dengan dia? Jawab betul-betul, tak mau main-main" tanya Tengku Hanis serius.

"Seronok."

"Hah! Seronok?" Tengku Hanis memukul peha Johan. Johan mengaduh sakit.

"Ye lah seronoklah jumpa kawan lama. Takkan nak menangis pula macam orang tu!" Johan mengusik isterinya.

Read 927 times