Filem Tercipta Untukku di Astro First Eksklusif

Selepas tiga kali pertemuan secara kebetulan, akhirnya Adil dan Thia jatuh cinta antara satu sama lain. Tetapi yang Maha Esa tela menentukan segalanya. Adil dan Thia telah didiagnosis kanser otak tahap 4 dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Adakah mereka dicipta untuk satu sama lain? Dapatkan novel TERCIPTA UNTUKKU terbitan KARYASENI di MPH, POPULAR, SMO atau di www.karyaseni.my

Drama Adaptasi Novel

20 January

Bila Hati Kata Sayang

Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.

Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.

20 January

Drama Ariana Rose

Drama adaptasi daripada novel popular ini menceritakan mengenai Ariana Rose (lakonan Nur Fathia) yang menyamar sebagai kekasih Tengku Adam (Keith Foo) pada majlis pernikahan Tengku Adam dengan Tengku Juwita (Tasha).

20 January

Drama Teduhan Kasih

Drama hasil garapan sutradara Jamal Khan yang mengangkat nukilan skrip daripada Mufid Shuhaimi ini bakal mengetengahkan pelakon popular seperti Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan ramai lagi.