Filem Tercipta Untukku di Astro First Eksklusif

Selepas tiga kali pertemuan secara kebetulan, akhirnya Adil dan Thia jatuh cinta antara satu sama lain. Tetapi yang Maha Esa tela menentukan segalanya. Adil dan Thia telah didiagnosis kanser otak tahap 4 dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Adakah mereka dicipta untuk satu sama lain? Dapatkan novel TERCIPTA UNTUKKU terbitan KARYASENI di MPH, POPULAR, SMO atau di www.karyaseni.my

Wednesday, 20 January 2016 10:20

Drama Teduhan Kasih

Rate this item
(0 votes)

Drama hasil garapan sutradara Jamal Khan yang mengangkat nukilan skrip daripada Mufid Shuhaimi ini bakal mengetengahkan pelakon popular seperti Adi Putra, Sherry Ibrahim, Shah Iskandar, Nabila Huda, Zarina Zainuddin, Talha Harith, Rahim Omar, Liza Abdullah dan ramai lagi.

 

teduhan_kasihDrama Teduhan Kasih ini bakal menemui penonton bermula 15 Mei ini pada setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam di saluran TV3. Mengisahkan tentang perjalanan seorang wanita (Iffa) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai dugaan setelah mengetahui suami (Ryzal) yang dicintai telah menjalinkan hubungan bersama teman baiknya (Ayu). Lebih menyakitkan ketika terpaksa mengharungi situasi yang sukar,  Iffa disahkan mengandung dan terpaksa melindungi kandungannya seorang diri memandangkan dia telah diceraikan Ryzal dan pada masa sama dihalau daripada rumah yang mereka duduki bersama. Sejak itulah Iffa terpaksa mencari haluan hidupnya sendiri dan perbuatan Ryzal dan Ayu begitu meninggalkan kesan mendalam buat hidupnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Read 377 times Last modified on Monday, 01 February 2016 10:07
More in this category: Drama Ariana Rose »