Filem Tercipta Untukku di Astro First Eksklusif

Selepas tiga kali pertemuan secara kebetulan, akhirnya Adil dan Thia jatuh cinta antara satu sama lain. Tetapi yang Maha Esa tela menentukan segalanya. Adil dan Thia telah didiagnosis kanser otak tahap 4 dan hanya mempunyai beberapa bulan untuk hidup. Adakah mereka dicipta untuk satu sama lain? Dapatkan novel TERCIPTA UNTUKKU terbitan KARYASENI di MPH, POPULAR, SMO atau di www.karyaseni.my

Wednesday, 20 January 2016 10:29

Drama Ariana Rose

Rate this item
(0 votes)

Drama adaptasi daripada novel popular ini menceritakan mengenai Ariana Rose (lakonan Nur Fathia) yang menyamar sebagai kekasih Tengku Adam (Keith Foo) pada majlis pernikahan Tengku Adam dengan Tengku Juwita (Tasha).

Ariana_Rose

Drama adaptasi daripada novel popular ini menceritakan mengenai Ariana Rose (lakonan Nur Fathia) yang menyamar sebagai kekasih Tengku Adam (Keith Foo) pada majlis pernikahan Tengku Adam dengan Tengku Juwita (Tasha). Ariana bersetuju untuk ‘berlakon’ konon–nya dia mengandungkan anak Tengku Adam demi menyelamatkan sahabat baiknya, Tengku Juwita daripada berkahwin de–ngan ‘kaki perempuan’ itu. Tengku Adam pula tidak berpuas hati dengan tindakan Ariana Rose dan cuba menjeratnya. Namun, rancangan Tengku Adam ternyata menjerat dirinya apabila dia mula jatuh hati pada Ariana Rose. Apakah kesudahan cerita ini nanti? Semuanya bakal terjawab dalam drama yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 7 malam di Slot Akasia TV3 bermula 30 Disember lalu.

Read 473 times